Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul.


Assalamualaikum..

Hari ni aku nak cerita pengalaman aku pasal Maulidur Rasul skit.

Korang pon mesti tahu kan, kalau tiba jer sambutan
Maulidur Rasul, mesti ade perarakan.
Sejak tahun lepas memang aku excited sangat nak join Maulidur Rasul ni. Sesiapa yang masuk perarakan ni, dapat ganjaran RM 10 setiap orang. Dengar je pasal duit ni, bertambahlah lagi keexcitedkan aku ni. Biase lah, budak-budak memang mata duitan skit. Huhu..

Tapi, cikgu pilih budak asrama jer, aku tak leh ikut sebab aku bukan budak asrama.. Niat hati, nak ikut jugak, tapi biarlah, nak buat cam maner.. Perasaan aku mase tu, cam tak de pape pon.
Mungkin kerana duit kut.? Niat aku tak ikhlas.


Berlainan pula pada tahun ni, semangat aku nak sambut Maulidur Rasul semakin membuak. Ini bukan kerana duit, atau sebab lain. Mungkin aku dah berubah.? Aku pon tak tahu, tapi kalau aku berubah ke arah kebaikan, aku harap ini ak
an berterusan. InshaAllah.



Yang pasti nye, hari khamis ni, aku akan join Perarakan Maulidur Rasul tahun ni. Aku tak kesah dah, kalau aku tak dapat duit, duit tu boleh cari dimana-mana jer.

Wassalam.


No comments:

Post a Comment