Tuesday, August 16, 2011

Cinta kerana Allah.

Aku mencintainya kerana Allah.

Aku merinduinya kerana Allah.

Aku menunggunya kerana Allah.


Apabila aku mengingati namanya, ia mengingatkan aku kepadaMu.

Zikrullah menguatkan lagi cintaku kepadaMu dan dia.


Andai aku ditakdirkan untuknya, penuhikanlah hatiku ini dengan cintaMu dan RasulMu dahulu. Kemudian ibu bapaku, dan seterusnya dirinya, Ya Allah.


Dan apabila aku mencintainya, peliharalah diriku agar tidak melampaui cintaku kepadaMu.

Aku mencintainya kerana imannya kepadaMu.


Sesungguhnya, cinta Allah itu sungguh suci, yang abadi dan tiada tandingannya.